-: Jul 09, 2018 / Ustshahli Ustshahli

Info berkaitan gangguan makhluk Jin

Al-Quran telah diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw. adalah merupakan suatu Mukjizat  yang teragung daripada Allah swt..

Mukjizat Al-Quran adalah perlembagaan yang mengatur kehidupan semua makhluk di dunia ini sehinggalah berlakunya hari kiamat…!

Al-Quran adalah kitab yang memberikan peringatan serta nasihat supaya manusia insaf dan memahami maksud sebenar kehidupan di alam dunia serta alam akhirat.

Al-Quran di turunkan sebagai rahmat iaitu terkandung didalamnya segala kebaikan, keselamatan, kemuliaan, kedamaian, keindahan, ketenangan, kesenangan serta kesihatan.

Al-Quran juga diturunkan sebagai penawar iaitu segala yang terkandung didalamnya adalah kesembuhan daripada pelbagai penyakit yang bersifat zahir dan bersifat batin atau penyakit-penyakit spiritual.

Kesembuhan dalam apa jua masalah yang membelenggu kehidupan manusia seperti ditimpa sakit biasa atau sakit disebabkan masalah gangguan makhluk halus atau makhluk jin seperti saka, sihir, santau, pukau, ilmu-ilmu hitam dan pelbagai bentuk kejahatan lagi.

 

Maka tidak ada keraguan lagi bagi setiap orang islam yang mengaku beriman bahawa Al-Quran adalah jawapan kepada semua masalah dalam kehidupan.

Berdoa’ merupakan senjata orang-orang mukmin dan Al-Quran adalah Mukjizat agung Nabi Muhammad saw. Sesungguhnya Nabi Muhammad saw. telahpun wafat tetapi keagungan dan kehebatan Mukjizat Al-Quran ini akan tetap kekal sehingga ke hari Kiamat..

 

TUJUAN ALLAH swt. MENCIPTAKAN JIN DAN MANUSIA

Allah Swt. berfirman dalam surah Adz-Dzariat : 56, bahawa tujuan penciptaan makhluk jin dan juga manusia di atas muka bumi Allah swt. ini adalah semata-mata dengan satu tujuan iaitu untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada penciptanya yang maha agung iaitu ALLAH swt.

Sesungguhnya Allah swt. telah menyediakan kepada hamba-hambanya dikalangan makhluk jin dan juga manusia suatu pembalasan atas apa yang dilakukan dimuka bumi ini dan pembalasan itu adalah kekal selama-lamanya iaitu Syurga dan Neraka..!

 

SEJARAH PERMUSUHAN ANTARA IBLIS (JIN) DAN MANUSIA

Surah Al-Isra’ : 61, Allah memerintahkan para Malaikat supaya sujud menghormati Nabi Adam as, lalu para Malaikat pun sujud menghormati Nabi Adam as, kerana mentaati perintah Allah swt. Kemudian apabila Allah swt.  memerintahkan pula iblis supaya sujud menghormati Nabi Adam as, maka iblis ingkar perintah Allah swt. tidak mahu sujud lantas berkata kepada Allah swt. adakah ia akan sujud kepada Nabi Adam yang diciptakan dari tanah yang busuk dan hanyir sedangkan dirinya iaitu iblis diciptakan dari lidah-lidah api yang jauh lebih baik dan mulia dari kejadian tanah.

 

PERMINTAAN IBLIS SETELAH DILAKNAT OLEH ALLAH swt.

Dengan kemurkaan Allah swt. kerana keengganan iblis sujud menghormati Nabi Adam as, lalu dengan kesombongannya iblis memohon kepada Allah swt. supaya memanjangkan umurnya sehingga kehari kiamat dengan tujuan untuk terus menyesatkan umat manusia. Allah swt. memperkenankan permintaan iblis dan menangguhkan umur iblis sehingga kehari kiamat.

Dalam Surah Al-Hijr : 39, iblis dengan angkuh berkata kepada Allah swt. oleh kerana Allah swt. telah melaknat dan memutuskan bahawa dirinya sesat, maka iblis pun bersumpah akan menjadikan manusia memandang baik semua perkara-perkara mungkar dan maksiat. Akhirnya ramai manusia yang lemah imannya akan terus sesat dan kufur lalu bersama-sama mereka iaitu iblis dan keturunannya (makhluk jin) akan menjadi penghuni Neraka jahanam yang amat pedih siksaannya..

 

BAGAIMANA SAKA DAN SIHIR TERJADI..

Dalam surah Al-Jin : 6, Allah swt. menjelaskan ada beberapa orang dari kalangan manusia yang sanggup meminta perlindungan dan pertolongan dari bangsa jin supaya menjadi pembantu mereka dalam pekerjaan seharian, seperti menjaga kebun, rumah kediaman, supaya menjadi kuat dan kebal, sentiasa kelihatan kacak, cantik dan sebagainya. Pertolongan ini sebagai khadam atau dikenali sebagai SAKA dengan dipersetujui melalui beberapa perjanjian.

Selain itu beberapa orang bomoh, pawang atau dukun yang bersekongkol dengan khadam dikalangan makhluk jin juga memberikan khidmat menghantar SIHIR, SANTAU atau seumpamanya kepada individu yang berhasad dengki kepada seseorang yang lain sebagai membalas dendam atau cemburu. Semuanya ini berlaku kerana keimanan yang terlalu tipis atau lemah sehingga sanggup melakukan dosa besar menzalimi orang lain dan bersekongkol dengan makhluk jin laknatullah.

 

 

KESAN GANGGUAN JIN JIKA DIBIARKAN LAMA DAN TIDAK DIRAWAT.

  • Menjadikan manusia semakin sukar mencari nafkah, akhirnya jadi miskin papa dan sanggup menggadai iman kerana sesuap nasi (contohnya sanggup bekerja sebagai pelacur, tempat judi, kedai arak dan sebagainya) akhirnya semakin menghampiri KUFUR.
  • Menjadikan manusia semakin sukar beribadah, akhirnya mudah melakukan maksiat, mungkar, syirik dan semakin menghampiri KUFUR.

 

Sesungguhnya MATLAMAT gangguan makhluk jin laknatullah ialah supaya ramai manusia akhirnya akan menjadi KUFUR dan menemani mereka di alam Neraka yang menyeksakan dan kekal abadi.

 

KESAN JANGKA PANJANG AKIBAT DARI GANGGUAN JIN JIKA BERTERUSAN..

  1. Pesakit mungkin sukar mendapat jodoh
  2. Pesakit mungkin sukar mendapat zuriat
  3. Pesakit mungkin mengalami masalah rumahtangga/perceraian
  4. Pesakit mungkin akan terganggu tugas-tugas harian
  5. Kesukaran untuk melakukan ibadah atau menuntut ilmu
  6. Terganggu pekerjaan apabila berkerjaya atau risiko dibuang kerja
  7. Mengganggu sessi pengajian di sekolah, kolej atau universiti
  8. Akan menjadi kemurungan, pendiam, pemalas, pemarah atau panas baran
  9. Mungkin akan melahirkan anak-anak yang cacat, murung, berpenyakit dan sebagainya
  10. Mungkin akan mengalami masalah kesihatan seperti ketumbuhan, kanser, penyakit kronik dll.
  11. Akhirnya gangguan mungkin akan menyukarkan mengucap kalimah syahadah ketika saat sakaratulmaut.

 

TIGA PERKARA YANG MENGHALANG KEPADA KESEMBUHAN..

  • Derhaka kepada ibubapa dan juga suami
  • Nazar yang sengaja tidak ditunaikan
  • Kafarah (terutama dalam bentuk melakukan kezaliman yang tidak berperikemanusiaan)

Kepada para pesakit gangguan Saka, Sihir dan lain-lain yang masih belum sembuh dan telah sekian lama berubat atau menjalani rawatan, dapatkanlah KEAMPUNAN & DOA’ kedua ibubapa ataupun suami terlebih dahulu sebelum menjalani rawatan Ruqyah Syariyyah. Banyakkan istighfar dan bertaubat mohon keampunan kepada Allah swt. disamping berdoa mohon kesembuhan..

 

 

 

Posted in: Info Gangguan Makhluk Jin, Uncategorized