Buku Taqzim (Powerful Ruqyah)

TAQZIM – Terapi Al-Quran Zikir Munajat

Buku ini merupakan suatu ringkasan teknik mudah bagaimana semua orang dari pelbagai lapisan dalam masyarakat islam dapat mengamalkan rawatan Ruqyah Syariyyah.

Sebenarnya Ruqyah itu adalah terlalu mudah dan semua orang harus terlibat. Penyembuhan hakiki yang dijanjikan Allah swt. daripada pelbagai penyakit biasa sehingga kepada penyakit spiritual seperti sihir, saka serta pelbagai bentuk gangguan makhluk jin dalam tubuh manusia begitu mudah untuk dirawat melalui Ruqyah Syariyyah.

Buku ini menerangkan secara mudah, jelas serta praktikal kaedah dan teknik menjemput kesembuhan dari yang Maha Penyembuh.

Hakikat sebenar Ruqyah Syariyyah cukup sekadar boleh menghafal beberapa ayat seperti surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Bacalah dengan niat meruqyah dan memohon perlindungan serta pertolongan dari Allah. Lakukanlah berkali-kali dan setiap hari. In sya Allah akan sembuh kerana semua ayat-ayat Al-Quran adalah As-Syifa iaitu penyembuh yang Maha Agung.

Category:

Description

Buku ini mengajak anda mengenali siapa musuh kita yang sebenarnya dan mengistiharkan perang habis-habisan dengan mereka iaitu bangsa jin laknatullah. Lakukan dengan membawa semangat jihad dan bertempurlah sehingga mereka undur atau gugur.

Anda dan keluarga perlu bebas dari belenggu jin laknatullah kerana matlamat mereka ialah :

  1. Mewujudkan sakit atau gangguan pada minda dan tubuh manusia.
  2. Dengan kesakitan atau gangguan itu, manusia susah beribadah dan susah mencari nafkah kehidupan.
  3. Akhirnya manusia lalai dan bertambah dosa lalu melakukan kesyirikan dengan berubat melalui dukun, pawang atau bomoh.
  4. Kesusahan mencari nafkah boleh mengakibatkan miskin papa dan dengan miskin papa itu akhirnya akan menghampiri kepada kekufuran kerana sesuap nasi..

Antara tajuk yang dibincangkan dalam buku ini ialah :

  • Bagaimana Al-Quran menyembuhkan dengan izin Allah swt.
  • Kesan terapi suara – Frekuensi bacaan Al-Quran.
  • Terapi Air Ruqyah.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Buku Taqzim (Powerful Ruqyah)”