Rawatan Di Ruqyah Syariyyah

Kami menyedia dan memberi perkhidmatan untuk penyakit biasa, kronik & misteri, penagihan dadah dan seupamanya, sihir, saka, santau, rumah tangga, jodoh, zuriat dan lain-lain.

Rawatan Yang Disediakan

Masalah Rumahtangga & Jodoh

Lebih Lanjut
Sihir & Santau

Lebih Lanjut
Masalah Emosi

Lebih Lanjut
Gangguan Jin

Lebih Lanjut
Masalah Zuriat

Lebih Lanjut

Maklumat Tambahan

  • Histeria

    Kawasan jin terganggu (contoh pelajar asrama membakar sampah di kawasan pokok besar belakang blok asrama)
  • Sampuk

    Kawasan terganggu atau jin menyukai seseorang atau jin telah jatuh cinta.
  • Penyakit Ain'

    Pandangan atau jelingan mata bersama hati yang tersangat marah kepada seseorang dan pandangan atau jelingan mata bersama hati yang terlalu teruja atau terlalu kagum terhadap seseorang. Apabila seseorang sedang teramat marah lalu memandang atau menjeling kepada orang yang dimarahi dengan hati yang sangat benci maka datanglah makhluk jin seolah-olah mendapat lampu hijau atau keizinan untuk mengganggu orang yang dimarahi tersebut. Begitu juga apabila seseorang begitu teruja dengan hati yang terlalu kagum kepada seseorang maka datanglah makhluk jin seperti mendapat keizinan untuk mengganggu orang yang di kagumi tersebut.

Lain-Lain

Tiga ayat yang begitu popular yang selalu disebut oleh para pesakit gangguan jin saka, sihir dan juga gangguan jin yang lain:

  1. “Saya dah puas pergi berubat”
  2. “Saya dah habis beribu ringgit pergi berubat”
  3. “Hampir semua tempat saya dah pergi berubat”

Pesakit gangguan berkata demikian seolah-olah kecewa dengan Rawatan Islam kerana sekian lama berubat tetapi hingga sekarang gangguan saka, sihir dan gangguan jin yang lain masih belum lagi sembuh. Sedangkan surah Al-isra’ ayat 82 dan Surah Yunus ayat 57 jelas Allah swt. menjanjikan ayat-ayat Al-Quran (ayat-ayat Ruqyah) adalah penyembuh kepada orang-orang mukmin. Maka mereka yang sekian lama berubat tetapi masih belum sembuh, sudah tentu ada silapnya dan yang pasti Al-Quran itu serta janji Allah swt. adalah benar. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Jadi di manakah silapnya..???

Sebenarnya Rawatan Islam itu adalah merupakan usaha & ikhtiar yang merupakan suatu DOA’ kepada Allah swt. untuk memohon dan mengharap KESEMBUHAN.

Maksud ayat “berdoalah kamu nescaya Aku (Allah swt.) perkenankan doa’ permohonan kamu.” Perkataan nescaya membawa maksud atau pengertian bahawa  DOA’ iaitu usaha dan ikhtiar Rawatan Islam itu mestilah dilakukan berkali-kali atau diulang-ulang sebanyak mungkin. Maka diantara banyaknya ulangan itu akan ada antara DOA” iaitu usaha dan ikhtiar Rawatan Islam itu yang dimakbulkan oleh Allah swt.

Selain dari dilakukan berulang kali sebenarnya dari sudut Rawatan Islam, ulangan DOA’ usaha dan ikhtiar Rawatan Islam itu mestilah dilakukan dalam jarak waktu yang tidak terlalu lama. Maksudnya sekiranya Rawatan Islam itu dilakukan setiap hari adalah lebih berkesan dari dilakukan seminggu sekali atau sebulan sekali. Setiap kali Rawatan Ruqyah Syariyyah iaitu Rawatan Islam dilakukan kepada pesakit saka, sihir atau gangguan jin lain bermakna suatu pukulan, siksaan keatas makhluk jin sehingga mereka mengalami kecederaan parah, lumpuh, terbakar yang menyebabkan makhluk jin dalam tubuh pesakit menjadi lemah, dan tidak bermaya.

Jika Rawatan Ruqyah Syariyyah iaitu Rawatan Islam dilakukan berulang kali dalam tempoh seminggu atau setiap hari Rawatan keatas pesakit pastinya dengan izin Allah swt. penyakit saka, sihir dan gangguan jin lain akan sembuh dan bebas dari gangguan jin.

Selain itu pesakit juga mestilah berhijrah kearah yang lebih islamik dan sentiasa menjaga amal makruf dan menjauhi mungkar. Berhijrah dari sudut amalan seperti sentiasa mengerjakan solat 5 waktu diawal waktu, belajar dan sentiasa membaca Al-Quran, berselawat, berzikir dan berwirid mengingati Allah swt. Membersihkan hati dengan sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah. Membaiki hubungan sesame manusia dan mengeratkan hubungan dengan Allah swt. dengan sentiasa memanjatkan doa’ mohon perlindungan serta kesejahteraan didunia atau di alam akhirat.

Surah Al-Baqarah ayat 45 yang bermaksud supaya memohon pertolongan kepada Allah swt. dengan penuh sabar dan mengerjakan solat.  Disini perkataan penuh  sabar membawa pengertian memohon pertolongan iaitu DOA’ (Rawatan Ruqyah Syariyyah juga doa’ dalam bentuk usaha dan ikhtiar) mestilah dilakukan berkali-kali ataupun diulang-ulang. Sepertimana nescaya dalam Surah Ghafir ayat 60 di atas, perkataan sabar pada maksud Surah Al-Baqarah ayat 45, juga memberi makna bahawa Rawatan mestilah dilakukan berkali-kali atau berulang-ulang.

Comments
No Comment
No comments yet.