-: Jul 16, 2018 / admin

Tanda-tanda Gangguan Jin

BEBERAPA TANDA SESEORANG MENGALAMI GANGGUAN JIN DALAM DIRINYA :

  1. Terlalu susah tidur malam, sering terjaga dalam keadaan cemas, rasa takut dan runsing.

  2. Bermimpi ular atau dipatuk ular. Sekirang bermimpi dipatuk ular bermakna telahpun terkena sihir.

  3. Bermimpi bayi, kanak-kanak kecil. Sekiranya  bermimpi menyusukan bayi bermakna telahpun terkena sihir.

  4. Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.

  5. Bermimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, tikus, atau binatang buas yang lain.

  6. Mimpi berada di kawasan sunyi seperti kubur, tempat sampah dll.

  7. Bunyi gigi berlaga ketika sedang tidur.

  8. Merintih dan menangis ketika sedang tidur.

  9. Sering bermimpi yang menakutkan atau mengerikan.

  10. Merasa takut untuk menziarahi jenazah.

  11. Terdengar suara menyergah ketika sedang tidur.

  12. Timbul perasaan takut tanpa sebarang sebab.

  13. Terasa seperti nampak bayangan yang menakutkan.

  14. Terasa seperti ada kelibat yang mengekori atau melintas di belakang.

  15. Ternampak seperti makhluk yang sangat aneh dan menakutkan.

  16. Ada perasaan seperti hampir-hampir akan menemui ajal.

  17. Mengalami sakit kepala yang luar biasa dan berterusan tanpa sebab klinikal.

  18. Rasa pening kepala atau badan seram sejuk selepas waktu asar atau hampir senja.

  19. Sering berkeadaan letih, lesu, tidak  bermaya, mengantuk dan sangat pemalas.

  20. Terasa seperti terpijak batu atau kulit telor di tapak kaki walaupun dalam rumah.

  21. Selalu bersikap panas baran atau menjadi seorang yang sangat pemarah.

  22. Selalu merasa sakit pada tulang rusuk kiri dan kanan.

  23. Merasa sakit pada tulang punggung tanpa sebab.

  24. Merasa sakit pada bahagian perut tanpa sebab.

  25. Merasa ragu-ragu tentang iman, solat, agama Islam dll.

 

 

 

 

Posted in: Tanda-tanda Gangguan Jin, Uncategorized