Kalam Penulis

Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah swt, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga serta para sahabat baginda.

Dalam usaha membanteras kesyirikan para dukun, bomoh dan pawang yang banyak mengelirukan dengan ritual rawatan yang menggunakan “khadam” iaitu campurtangan jin dalam sesi rawatan, menjadikan ramai yang keliru dalam mencari sebuah kesembuhan. Mereka mungkin menemui kesembuhan atau kesembuhan sementara yang mengundang kemurkaan Allah swt. Ritual rawatan mereka yang hanya membaca surah Al-Fatihah, seolah-olah itu juga seperti rawatan Islam tetapi jampi serapah atau mentera yang menyeru sesuatu pastinya bukan sebuah DOA’. Mereka menggunakan sesuatu bahan seperti keris, limau nipis, beras, asap kemenyan dan lain-lain dalam upacara sambil menurun seakan-akan separuh sedar sambil menyeru sesuatu. Sangatlah malang perkara yang tiada dalil atau nas dalam Al-Quran dan Hadis atau sunnah Nabi saw.

Alhamdulillah diatas rasa tanggungjawab dan tugas dakwah supaya ramai manusia bebas dari belenggu jin yang memcampuri urusan hidup manusia sehingga sukar beribadah dan mencari nafkah, maka terhasillah sebuah laman sesawang atau website  munajatsyifa.com yang serba ringkas dalam memberikan infomasi berkaitan penyakit gangguan makhluk jin laknatullah. Mudah-mudahan sedikit info dan juga produk-produk rawatan seperti Munajat Syifa dan Minyak Munajat dapat membantu dalam usaha dan ikhtiar memohon kesembuhan dari Allah swt.

Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada guru-guru yang saya hormati, kasihi dan telah mencurahkan ilmu rawatan Islam ‘Ruqyah Syariyyah.’ Semuga Allah swt. akan merahmati dan membalas segala jasa baik¬† mereka:

  • Tuan guru (Allahyarham) Dato’ Dr. Haron Din – Darussyifa
  • Tuan guru Ustaz Muhammad Rajab Akmal Al-Idrisi – Darul Ansar
  • Ustaz Hj. Dr. (H) Abdul Majid Hasan – (Akrine)
  • Ustaz Abdullah Mahmud – (Morapis)
  • Ustaz Muna Hamzah Al-Azhari – Persatuan Munjiat Malaysia
  • Ustaz Nuruddin Al-Indunissy – Rehab Hati Indonesia

Saya juga merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada isteri saya, kerana banyak membantu dan berkorban dalam menjayakan usaha dan kerjaya saya. Saya berdoa’ dan mengharapkan sekiranya ada keberkatan diatas usaha menghasilkan ‘website’ ini agar Allah swt. mencucuri rahmat serta keampunan kepada ibu dan ayah serta kedua ibubapa mertua saya.

Bersamalah kita panjatkan doa’ kehadrat Ilahi agar mempermudahkan kesembuhan kepada mereka atau pesakit yang benar-benar ikhlas berdoa’ dengan menggunakan produk-produk rawatan yang saya hasilkan.

 

Terima Kasih

What is an article helper and should I use it? To begin with, let me clarify what you is. Helpers are best essay writing service applications intended to assist you compose an essay and are created by essay editors.

Comments
No Comment
No comments yet.